Pasaran Tukaran Matawang Asing, yang juga dikenali sebagai pasaran “Forex” atau “FX”, merupakan pasaran kewangann terbesar di dunia dengan purata pulangan adalah US$1.9 trillion—30 kali lebih besar daripada kombinasi jumlah kesemua pasaran ekuiti US.

Tukaran Matawang Asing merupakan pembelian dan penjualan sesuatu nilai matawang pada masa serentak. Matawang didagangkan secara berpasangan, contohnya, Euro/US Dollar (EUR/USD) atau US Dollar/ Yen Jepun (USD/ JPY).
Tahukah anda, terdapat dua sebab untuk menjual dan membeli matawang. Pertama, lebih kurang 5% pulangan harian datangnya dari syarikat dan jabatan yang membeli dan menjual produk dan perkhidmatan dari negara asing dan mesti menukarkan keuntungan yang diperolehi dalam matawang asing ke matawang negara mereka. Selebihnya, 95% didagangkan untuk keuntungan atau spekulasi.
Bagi spekulator, peluang dagangan terbaik adalah dengan matawang yang paling biasa didagangkan (dan dengan itu ia merupakan yang paling cair) yang dikenali sebagai “The Majors”. Kini, lebih daripada 85% kesemua transaksi harian melibatkan dagangan Majors , yang terdiri daripada US Dollar, Yen Jepun, Euro, Pound British, Swiss Franc, Dollar Kanada dan Dollar Australia.
Kedua, pasaran 24 jam. Dagangan Forex bermula setiap hari di Sydney, dan tersebar ke serata dunia menandakan bermulanya perniagaan di setiap pusat kewangan, bermula di Tokyo, London dan seterusnya New York. Tidak seperti pasaran kewangan lain, Forex membenarkan pelabur untuk bertindak balas terhadap turun-naik matawang yang disebabkan oleh ekonomi, sosial dan ketidakstabilan politik pada masa ia berlaku- malam atau siang.
Pasaran FX dikira sebagai Over The Counter (OTC) atau pasaran antara bank (interbank) disebabkan oleh hakikat bahawa transaksi dikendalikan antara dua rakan melalui telefon atau melalui rangkaian elektronik. Forex tidak dipusatkan kepada pertukaran sahaja, seperti stok dan pasaran masa hadapan.